Mahu Jadi Jebat?

No Comments »


Dewasa ini aku lihat ramai anak muda yang teringin jadi Hang Jebat. Seorang pendekar gagah yang berani menegakkan kebenaran dan melawan kezaliman. Kerana sahabatnya Hang Tuah difitnah dan dihukum Sultan,  istana diserangnya dan Sultan beserta para pembesar habis dihalaunya.Terinspirasi dari keberanian Hang Jebat melawan kekuasaan, maka anak-anak muda kini sentiasa lantang mengkritik pihak-pihak yang berkuasa jika ada sebarang isu yang timbul yang dilihat merugikan kepentingan rakyat. Mereka mengkritik sama ada melalui laman sosial facebook, twitter mahupun di blog-blog.

Akan tetapi dalam keghairahan tersebut, jangan kita lupa untuk menyelidiki dahulu kebenaran isu-isu yang ditimbulkan. Perlu diteliti dahulu apakah isu-isu itu mempunyai fakta ataupun sekadar direka-reka unuk menyedapkan cerita. Faktalah yang membezakan sama ada ianya isu yang wajar diambil perhatian ataupun tidak. Tanpa fakta yang tepat ia hanyalah khabar-khabar angin. Di sinilah  fikiran yang matang diperlukan supaya kita dapat mempertimbangkan kebenaran isu itu, seterusnya apabila sudah disahkan dan diyakini barulah kita boleh bersuara. Jika tidak kita hanya akan jadi seperti anjing menyalak bukit, tekak sakit tapi bukit tak juga  runtuh2.

Berbalik kepada Hang Jebat, pada aku pengakhiran Hang  Jebat adalah satu tragedi. Dia bangkit melawan kekuasaan yang didakwanya menindas. Padanya kematian Hang Tuah perlu dibela. Berbekalkan kepercayaannya dengan 'kebenaran' itu, dia mengamuk, istana dilanggar dan habis dayang-dayang dibunuhnya.Malangnya Hang Jebat tersilap, Hang Tuah nyata masih belum mati. Akhirnya 'kebenaran' itu muncul kembali dan dia sendiri akhirnya dibunuh oleh 'kebenaran' yang ingin dibelanya.

Kitaran

No Comments »

Cinta bagiku
sudah mati
dan jasadnya hancur
berkeping-keping
lalu terbang dilayang angin
udara panas meruapnya
tanpa disangka
ia bergabung dengan awan-awan
semakin memberat dan terbeban
tidak tertanggung
lalu jatuh menjadi titisan
hujan-hujan
menikam-nikam tanah dataran
yang mengandungkan benih kasih
lalu bercambah tunas
dan tumbuh menjadi pokok
mekarnya bunga rindu
dan buah-buah cinta
telah matang
gugur ke tanah dataran
dan kukutip
kukunyah perlahan-lahan
dan kelazatan cinta sekali lagi kurasakan

Kamar Usang
15 Julai 2011

IGAUAN

No Comments »

Jika mimpi itu seperti rumah
yang ada pintunya
tidak akanku jemputmu bertandang
bahkan akan kukunci
kerana kedatanganmu tidak pernah kualui

Malangnya mimpi itu lebih serupa daerah
yang sempadannya tidak dikelilingi tembok
dan kau bebas untuk masuk
menghuru-harakan setiap pelusuk

Lama dahulu
di alam nyata
kau pernah jadi sinar
memberiku segunung harapan
tapi ternyata
hatimu bukan untukku
dan pemergianmu menghancurkan hatiku

Kini
aku umpama jasad yang tiada jiwa
yang tersisa hanya fikiran
dan kubu kewarasan yang bermatian kupertahankan

Namun segalanya seakan roboh
ketika fikiranku larut
bayanganmu terus cuba merasuk
di daerah mimpi yang tidak bertembok














Gambar Kamar usang

1 Comment »




Formula mencipta bom (Agaknya)

Dari jendela kamar usang aku melihat dunia

Quotes dari penghuni terdahulu. Menyeramkan

Ranjang
Ranjang 2

Rumus penghuni terdahulu. Rasanya dia ni bekas student pengajian sains fizik

Tarikh ketika gambar-gambar ini diambil

Himpunan buku-buku dan nota kuliah

Tempat bermimpi dan berfantasi
Radio, cerek, dan laptop usang

Almari dan baju

Tempat mencurah idea

Selamat Datang

Nombor Kamar


Pemandangan sekitar blok


"Dari kamar usang aku melihat dunia"

KARIKATUR

2 Comments »

Dari 7-11 haribulan Mac yg lalu, UPSM (persatuan pelajar di UKM yg aku sertai dari aku tahun satu sampai tahun 4) telah mengadakan program Minggu ICT dan Ketrampilan Diri edisi ke 7. Antara syarikat yg membuka gerai ialah MOY Publications yg mengedarkan majalah Ujang dan Apo. Beberapa kartunis telah turun padang. Seorang kartunis bernama Piston telah bermurah hati mencurahkan kreativiti melukis gambar bbrp org urusetia yg juga junior aku secara percuma.



Liyana atau lebih mesra dipanggil Kak Chik. Apa motif love2 yg melayang2 tu?


Ini lakaran cik Wani kita. Meriah sikit ada siput dan pokok


Asma versi kartun. Tapi pelik sebab rambut dia free hair. Apa la yg difikirkan kartunis tu bila lakar Asma ni. Kawan tu pakai tudung tapi dia lukis free hair pulak.



Ini Bedah versi kartun. Tak lekang dengan helmetnya

Satu2nya jejaka yang diberi penghormatan dikartunkan dirinya. Syafiq Helmi Sulaiman

Wajah sebenar Wani. Sama tak?


Inilah Bedah yang sebenar.

Asma tersenyum bangga dengan katak hasil lakaran kartunis Manggis

Yang ni pulak rasanya toyol. Karya Lepat.

"Dari kamar usang aku melihat dunia"

Mee Goreng Mamak

No Comments »

Suatu malam, aku bersama beberapa org juniorku pergi ke restoran BB untuk makan malam. Selepas mengambil tempat duduk, datang akak pelayan yang comel berbaju t-shirt kuning, dengan buku kecil di tangan bersedia mengambil tempahan makanan. Entah kenapa waktu tu tekak aku terasa nak sangat telan mee goreng mamak, jadi aku cuba tanya akak tu di sini ada tak jual mee goreng mamak. Akak pelayan dengan senyuman yang tercoret di mukanya menjawab sini memang ada jual mee goreng mamak. Aku terus tempah satu mee goreng mamak walaupun dalam hati rasa ragu2 juga sebab restoran BB ni sebenarnya restoran melayu yang mana pengusaha dan pekerja2nya semua melayu asal Kelantan.Di restoran melayu macam ni ada ke jual mee goreng mamak? Bukan mee goreng mamak hanya dijual di restoran mamak ke? Pandai ke orang melayu goreng mee goreng mamak sepertimana mamak menggorengnya? Tetapi dengan meyakini konsep masakan itu universal sifatnya dan tidak mengenal rupa bangsa dan warna kulit aku buat kesimpulan awal bahawa memang restoran BB ni ada menjual mee goreng mamak.

Setelah menunggu beberapa ketika maka tibalah segala pesanan kami tadi ke atas meja. Nasi putih, sup ayam, tom yam ayam, telur dadar, dan mee goreng mamak diletakkan satu persatu. Tapi opss...seperti ada yg tersilap pada hidangan ini. Kesilapan pertama ialah ada 2 telur dadar sedangkan yang dipesan cuma satu manakala kesilapan kedua pula ialah mee goreng mamak tersebut langsung tak macam mee goreng mamak, lebih kelihatan seperti mee goreng basah, sgt basah macam mee goreng hailam pun ada. Maka kami maklumkan kepada abg yg menghidangkan makanan tersebut akan kesilapan hidangan kami. Abang tu pun mengaku terlebih hidang 2 telur dadar tapi katanya mee goreng tu memang mee goreng mamak, walaupun cara dia menjawabnya kelihatan teragak2. Kebetulan akak comel yg berbaju kuning tadi lalu di depan kami dan aku melambai2kan tangan sebagai isyarat untuk dia menghampirkan diri ke meja. Aku tanya dia untuk mendapatkan kepastian betul ke mee goreng basah ni sebenarnya mee goreng mamak. Dia pun bagi jawapan yg sama dengan abg td, memang inilah mee goreng mamak. Maka aku pun terimalah penjelasan akak tadi bahawa mee goreng yang ada di depanku ini memang mee goreng mamak walaupun masih boleh dipertikaikan 'kemamakkannya' berdasarkan rupa bentuknya lebih hampir kepada mee goreng basah.Maka pelajaran moral no. 1 yang aku dapat ialah 'lain kali kalau nak makan mee goreng mamak pergi saja ke kedai mamak, jangan mengada ngada pergi ke kedai makan melayu,kalau minta juga, memang dapat mee goreng mamak versi melayu la jawabnya'. Sekian...

"Dari kamar usang aku melihat dunia"

Powered by Blogger.