Manifesto Obama berkaitan FB

No Comments »

Kemungkinan besar ini adalah manifesto utama Obama dalam kempennya jika beliau berhasrat untuk bertanding jawatan Presiden bagi satu lagi penggal.


sumber : cracked.com

Dialog Di Antara Presiden Dan Guru Falsafah

2 Comments »

Presiden berbincang dengan Guru Falsafah.

Presiden : "Kalaulah setiap orang mahu mematuhi undang-undang dan etika ...

Guru Falsafah : "Bukan manusia yang harus mematuhi undang-undang, tetapi justeru undang-undanglah yang harus disesuaikan dengan kemanusiaan."

Presiden : "Sekarang saya mahu tahu ahli falsafah seperti anda. Kalau anda memiliki pilihan: kekayaan atau kebijaksanaan, mana yang akan dipilih?" 
Guru Falsafah : "Tentu, saya memilih kekayaan."

Presiden: "Memalukan. Anda adalah ahli falsafah yang diakui masyarakat. Tapi Anda memilih kekayaan daripada kebijaksanaan..."

Guru Falsafah: "Kalau pilihan anda sendiri?"

Presiden: "Tentu, saya memilih kebijaksanaan."

Guru Falsafah : "Terbukti, bahwa orang memilih apa yang belum dimilikinya."

Quote Of The Day

No Comments »

Dulu, adalah mencukupi jika kerajaan berjaya membuka banyak peluang pekerjaan. Sekarang itu sahaja tidak mencukupi. Hak-hak dan kehormatan individu juga perlu dipelihara daripada dicabuli oleh majikan. Jika tidak, perasaan tidak puas hati akan terus timbul bukan sahaja kepada majikan, tetapi juga kepada kerajaan. 
-Sang Penghuni
 

Cara 'Harry Potter' mengelakkan diri dari Paparazzi

No Comments »

Pada aku cara yang digunakan Daniel Radcliffe ini memang genius. On the other hand, this is a good way to troll those people who always disturb other people privacy just for a scoop.


Sumber : 9GAG

Jika Flash Games Diadaptasikan Ke Filem

No Comments »

Flash Games ialah game-game yang sering dimainkan di handset ataupun internet. Dengan kemunculan gadget-gadget canggih seperti iphone, flash games semakin popular. Bagaimana jika kerana popularitinya, flash games ini akhirnya diadaptasikan ke filem sebenar. Agaknya inilah reka bentuk poster-poster promo filem flash games. Nantikan tayangannya di pawagam berdekatan anda.





































sumber : cracked.com

PERSEPSI : Apa Perlunya Barat Campur Tangan Apabila Berlakunya Krisis Di Timur Tengah?

2 Comments »




Pagi tadi, seorang rakan bernama Arif bertanya, kenapa bila ada krisis di negara-negara Timur Tengah, memerlukan campur tangan dari Barat.  Lalu aku menjawab dengan membetulkan sedikit soalannya, iaitu sebenarnya apa perlunya barat campur tangan?

Kemudian aku terus menghurai.  

"Begini, Timur Tengah adalah kawasan yg sensitif bagi Barat sebab banyak kepentingan ekonomi Barat terletak di situ. Paling utama minyaklah. Jadi walau apapun krisis yg berlaku di Timur Tengah, Barat pasti akan campur tangan walaupun tidak diminta. Kalau negara-negara Timur Tengah berada dalam keadaan tidak stabil, ianya pasti akan menjejaskan kepentingan Barat dan Barat terpaksa campur tangan. Tapi untuk memahami isu ini kita perlu lihat 7 tahun ke belakang iaitu ketika Iraq diserang U.S. Antara alasan yang digunakan U.S ialah melalui Perang Iraq ianya akan menjadi permulaan untuk penyebaran amalan sistem demokrasi di Timur Tengah. Bermakna sudah lama barat mengidamkan negara-negara Timur Tengah menjadikan demokrasi sebagai sistem utama dalam sistem pemerintahan. Kenapa? Sebab kebiasaannya negara yang mengamalkan sistem demokrasi cenderung juga untuk mengamalkan sistem pasaran bebas . Negara yang mengamalkan sistem pasaran bebas juga cenderung mengamalkan dasar buka pintu dalam perdagangan kepada negara-negara luar. Hal ini akan memudahkan barat menjalankan urusan perdagangan dengan negara-negara ini seterusnya memelihara kepentingan ekonomi mereka."

Aku berhenti sekejap,berfikir, dan menyambung kembali.

"Kita balik semula ke masa sekarang. Kita bandingkan krisis yg berlaku di Mesir dan Libya. Barat dilihat kurang campur tangan di Mesir berbanding Libya padahal Mesir adalah sekutu rapat U.S. Sepatutnya sekutu kenalah tolong kan.Sebabnya memang barat mahukan krisis itu berlaku dengan harapan apabila Hosni Mubarak jatuh, Mesir akan menukar sistem pemerintahannya kepada demokrasi dan akan berlakulah perkara yg aku sebut tadi. Berbanding di Libya sebab Muammar Ghaddafi bukan sekutu, maka barat bolehlah campur tangan tanpa segan silu dan tentunya lebih agresif. Barat membantu dari segi serangan udara, bekalan senjata dan latihan ketenteraan kepada pemberontak. Tapi matlamatnya tetap sama, sebab ekonomi tadilah."

Berhenti lagi. Cuba mengingati sesuatu. Sambung balik. 



"Begitu juga yang berlaku di Syria sekarang,barat lebih kuat mendesak Asad supaya berundur sebab Syria bukan sekutu dan selalu dilihat mengancam Israel. Bila Libya dan Syria dah jatuh, maka kemungkinan besar demokrasi akan tertegak di kedua-dua negara ini. Biasalah lepas krisis, pasti ada usaha untuk membangunkan kembali negara-negara ini lepas perang kan. Maka di sinilah barat akan membawa masuk kontraktor-kontraktor mereka untuk membangunkan kembali infrastruktur yg musnah dan pastinya kerajaan baru akan lebih termakan budi dan lebih mengikut telunjuk barat. Kesimpulannya walau apapun krisis yg berlaku di timur tengah, keuntungannya akan lebih memihak kepada Barat."




Arif mencelah "Maknanya apa saja yang Barat buat, hanya untuk menjaga kepentingan Barat kan?"

Aku mengangguk, mengiakan.
"Iye Arif, ekonomi sebab paling penting. Kalau tak, tak ada maknanya Barat nak jadi hero campur tangan dekat Timur Tengah tu. Kau tengoklah di Somalia tu, ada dia orang nak tolong? Sebabnya mudah, Somalia tak membawa sebarang keuntungan dari segi ekonomi kepada Barat."

Arif diam. Tapi dari air mukanya dia seakan faham. Dan perbualan kami tamat disitu.





Fakta : Perbandingan Korban Perang Afghanistan Dan Iraq Berbanding 9/11

No Comments »

3-4 hari yang lepas, banyak blog yg buat entri tentang tragedi WTC 9/11 untuk menunjukkan rasa simpati kepada mangsa-mangsa tragedi tersebut. Tapi jangan kita lupa tragedi tersebut telah dijadikan alasan untuk Amerika menyerang Afghanistan dan Iraq. Korban yang melibatkan orang awam di kedua-dua negara tersebut ternyata lebih besar berbanding tragedi 9/11. Di sini adalah graf perbandingan korban yang berlaku di antara tragedi 9/11 dan Perang memerangi keganasan di Afghanistan dan Iraq. Nilailah sendiri pihak mana yang lebih ganas.





















Sumber : 9GAG






Powered by Blogger.