Jika mimpi itu seperti rumah
yang ada pintunya
tidak akanku jemputmu bertandang
bahkan akan kukunci
kerana kedatanganmu tidak pernah kualui
Malangnya mimpi itu lebih serupa daerah
yang sempadannya tidak dikelilingi tembok
dan kau bebas untuk masuk
menghuru-harakan setiap pelusuk
Lama dahulu
di alam nyata
kau pernah jadi sinar
memberiku segunung harapan
tapi ternyata
hatimu bukan untukku
dan pemergianmu menghancurkan hatiku
Kini
aku umpama jasad yang tiada jiwa
yang tersisa hanya fikiran
dan kubu kewarasan yang bermatian kupertahankan
Namun segalanya seakan roboh
ketika fikiranku larut
bayanganmu terus cuba merasuk
di daerah mimpi yang tidak bertembok
Archive for June 2011
IGAUAN
Powered by Blogger.