Plato dalam penyiasatannya tentang politik cuba mendapatkan sebuah negara yang mengutamakan kebijaksanaan. Beliau berhujah bahawa politik adalah aktiviti elit sesuai untuk sekumpulan kecil individu yang berpendidikan tinggi. Ideanya telahpun dipergunakan berabad-abad lamanya untuk membenarkan pemerintahan secara diktator dan oligarki.
Plato membesar semasa Athens sedang mengalami kemerosotan , satu tempoh kekacauan politik yang hebat di mana ketika ini gurunya, Socrates, telah dengan tidak adil dijatuhkan hukuman mati dan Plato sendiri telah dipaksa untuk meninggalkan Athens. Selepas kepulangannya beliau menubuhkan the Academy, yang juga universiti pertama di dunia, sebagai pusat pengajian intelektual didalam pelbagai bidang. Pendidikan adalah minat utama Plato, dan di penghujung hayatnya beliau mencuba (tetapi tidak berjaya) untuk menukarkan Raja Syracuse yang baru, Dionysus II, kepada jenis raja failasuf yang beliau percaya sangat mustahak untuk kerajaan yang baik, satu misi yang hampir meragut nyawanya.
Sekitar tahun 378 sebelum masihi, Plato mengarang karya politik agungnya, Republic. Berdasarkan kepada siri dialog di antara gurunya, Socrates, dengan sekumpulan tokoh Athens, karya tersebut cuba menjelaskan nasib malang yang menimpa Athens dan mengenalpasti cara bagaimana untuk mematahbalikkan kemerosotan tersebut. Plato sangat mengambil berat tentang keadilan, yang padanya membawa maksud membenarkan seseorang individu untuk memenuhi tujuannya sebagaimana yang dikehendaki oleh fitrah. Plato melihat masyarakat itu terbahagi kepada beberapa lapis,yang mana di lapis yang atas sekali diduduki oleh failasuf aristokrat. Setiap lapis terikat oleh kewajipan terhadap fungsinya,dengan ini dapat mencegah setiap lapis dari melangkaui fungsi lapis yang lain. Menurut Plato, satu lingkaran elit negarawan-failasuf diperlukan untuk memimpin yang buta -rakyat awam- kepada kehidupan baik yang mereka sendiri tidak dapat membayangkannya, sebuah cerminan kepada negara ideal, yang statik dan harmoni secara keseluruhannya.
Penjelasan beliau tentang pemerintahan oleh golongan elit failasuf ini kadangkala dilihat sebagai pembelaan pertama terhadap konsep partisan, satu perkumpulan politik yang bersatu di sekitar doktrin rasional "saintifik", bekerja untuk kepentingan rakyat tetapi tidak bertanggungjawab kepada mereka. Dalam tahun 1930-an falsafah ini kelihatan membenarkan jenis pemerintahan totalitarian yang menjadi lazim kepada Komunis Soviet.Tetapi Plato, yang bersedia mengenakan jenis kehidupan kommunistik yang bahkan menyisihkan ikatan kekeluargaan supaya negara dapat dipertahankan, memahami sendiri kelemahan pandangan utopianya : Ia bergantung kepada tindakan aristokrat utopianya yang disederhanakan oleh kewajipan mereka untuk bertindak mengikut kebijaksanaan, dan Plato mengakui kemustahilan dalam perkara ini.
Karya terkemudian Plato, Statesman, mencadangkan bahawa kedaulatan hukum patut mengikat pemimpin kepada prinsip yang benar. Akhir sekali, dalam karyanya Laws, beliau mencari cara untuk menguatkuasakan sistem yang mengakui kelemahan moral seseorang individu sewaktu mencipta keadaan yang mana seseorang pemerintah boleh memerintah. Jawapan beliau adalah didikan keras untuk rakyat yang ditadbir oleh sistem ahli majlis berhierarki yang mana puncaknya diduduki oleh majlis "nocturnal' rahsia, "sheet anchor kepada negara". (sheet anchor adalah istilah yang digunakan untuk merujuk kepada orang yang diharapkan untuk keselamatan atau kestabilan). Plato tidak pernah hilang kepercayaan terhadap perlunya kumpulan individu pencerah yang kecil untuk memimpin kumpulan yang lebih besar kepada cahaya kebenaran, tetapi sumbangannya yang paling besar dalam pembangunan pemikiran politik eropah sebenarnya adalah ideanya bahawa sesebuah negara itu wujud untuk tujuan moral.