Pagi tadi, seorang rakan bernama Arif bertanya, kenapa bila ada krisis di negara-negara Timur Tengah, memerlukan campur tangan dari Barat. Lalu aku menjawab dengan membetulkan sedikit soalannya, iaitu sebenarnya apa perlunya barat campur tangan?
Kemudian aku terus menghurai.
"Begini, Timur Tengah adalah kawasan yg sensitif bagi Barat sebab banyak kepentingan
ekonomi Barat terletak di situ. Paling utama minyaklah. Jadi walau apapun
krisis yg berlaku di Timur Tengah, Barat
pasti akan campur tangan walaupun tidak diminta. Kalau negara-negara Timur Tengah berada dalam keadaan tidak stabil, ianya pasti akan menjejaskan
kepentingan Barat dan Barat terpaksa campur tangan. Tapi untuk memahami
isu ini kita perlu lihat 7 tahun ke belakang iaitu ketika Iraq diserang
U.S. Antara alasan yang digunakan U.S ialah melalui Perang Iraq ianya
akan menjadi permulaan untuk penyebaran amalan sistem demokrasi di Timur Tengah. Bermakna sudah lama barat mengidamkan negara-negara Timur Tengah
menjadikan demokrasi sebagai sistem utama dalam sistem pemerintahan.
Kenapa? Sebab kebiasaannya negara yang mengamalkan sistem demokrasi
cenderung juga untuk mengamalkan sistem pasaran bebas . Negara yang
mengamalkan sistem pasaran bebas juga cenderung mengamalkan dasar buka
pintu dalam perdagangan kepada negara-negara luar. Hal ini akan memudahkan
barat menjalankan urusan perdagangan dengan negara-negara ini seterusnya
memelihara kepentingan ekonomi mereka."
Aku berhenti sekejap,berfikir, dan menyambung kembali.
"Kita balik semula ke masa
sekarang. Kita bandingkan krisis yg berlaku di Mesir dan Libya. Barat
dilihat kurang campur tangan di Mesir berbanding Libya padahal Mesir
adalah sekutu rapat U.S. Sepatutnya sekutu kenalah tolong kan.Sebabnya
memang barat mahukan krisis itu berlaku
dengan harapan apabila Hosni Mubarak jatuh, Mesir akan menukar sistem
pemerintahannya kepada demokrasi dan akan berlakulah perkara yg aku sebut
tadi. Berbanding di Libya sebab Muammar Ghaddafi bukan sekutu, maka
barat bolehlah campur tangan tanpa segan silu dan tentunya lebih
agresif. Barat membantu dari segi serangan udara, bekalan senjata dan
latihan ketenteraan kepada pemberontak. Tapi matlamatnya tetap sama,
sebab ekonomi tadilah."
Berhenti lagi. Cuba mengingati sesuatu. Sambung balik.
"Begitu
juga yang berlaku di Syria sekarang,barat lebih kuat mendesak Asad
supaya berundur sebab Syria bukan sekutu dan selalu dilihat mengancam
Israel. Bila Libya dan Syria dah jatuh, maka kemungkinan besar demokrasi
akan tertegak di kedua-dua negara ini.
Biasalah lepas krisis, pasti ada usaha untuk membangunkan kembali negara-negara
ini lepas perang kan. Maka di sinilah barat akan membawa masuk
kontraktor-kontraktor mereka untuk membangunkan kembali infrastruktur yg musnah
dan pastinya kerajaan baru akan lebih termakan budi dan lebih mengikut
telunjuk barat. Kesimpulannya walau apapun krisis yg berlaku di timur
tengah, keuntungannya akan lebih memihak kepada Barat."
Arif mencelah "Maknanya apa saja yang Barat buat, hanya untuk menjaga kepentingan Barat kan?"
Aku mengangguk, mengiakan.
Arif diam. Tapi dari air mukanya dia seakan faham. Dan perbualan kami tamat disitu.
huraian yg bagus..hehe thanks rafi sbb terangkan..tpi isu ni mmg panjang..byk lagi yg barat cuba sorok dari mata dunia..
ReplyDeletesama-sama..mmg panjang..cerita satu hari pun x abes..
ReplyDelete