Archive for 2011
Kisah 47 Ronin Dan Graduan Lepasan ISMP
PERSEPSI : UMNO dan PAS, dua seteru yang saling memerlukan
Kelakar : When there is too many
4 orang pemuda duduk bertentangan di dalam sebuah keretapi.. seorang warga Amerika, seorang Cuba, seorang Bangladesh dan seorang Malaysia..
Sedang dalam perjalanan, warga Amerika tu mengeluarkan 100 us dollar lalu dibakarnya utk menghidupkan rokok..
Semua terkejut dengan tindakan si Amerika dan belum sempat bertanya, si Amerika ni kata " its ok.. too many DOLLARs in Amerika,"..
Tanpa
mengendahkan kata2 si Amerika tu, si Cuba pula mengeluarkan sekotak
cerut yg termahal di dunia.. dibakarnya satu dan yang lain dibuang ke
tingkap.. tersentak dengan tindakan si Cuba ni, si Amerika bertanya,
"why?!".
Si Cuba menjawab," there is too many cigars in Cuba"..
Si Malaysia dan si Bangladesh terpinga-pinga dengan perbuatan mereka tadi..
Belum sempat si Bangladesh kata apa2, si Malaysia terus campak si
Bangladesh keluar tingkap.. dengan selamba berkata "Nevermind... too
many Bangla in Malaysia."
Manifesto Obama berkaitan FB
Kemungkinan besar ini adalah manifesto utama Obama dalam kempennya jika beliau berhasrat untuk bertanding jawatan Presiden bagi satu lagi penggal.
sumber : cracked.com
Dialog Di Antara Presiden Dan Guru Falsafah
Presiden berbincang dengan Guru Falsafah.
Presiden : "Kalaulah setiap orang mahu mematuhi undang-undang dan etika ...
Guru Falsafah : "Bukan manusia yang harus mematuhi undang-undang, tetapi justeru undang-undanglah yang harus disesuaikan dengan kemanusiaan."
Presiden : "Sekarang saya mahu tahu ahli falsafah seperti anda. Kalau anda memiliki pilihan: kekayaan atau kebijaksanaan, mana yang akan
dipilih?"
Guru Falsafah : "Tentu, saya memilih kekayaan."
Presiden: "Memalukan. Anda adalah ahli falsafah yang diakui masyarakat. Tapi Anda memilih kekayaan daripada kebijaksanaan..."
Guru Falsafah: "Kalau pilihan anda sendiri?"
Presiden: "Tentu, saya memilih kebijaksanaan."
Guru Falsafah : "Terbukti, bahwa orang memilih apa yang belum dimilikinya."
Quote Of The Day
Dulu, adalah mencukupi jika kerajaan berjaya membuka banyak peluang pekerjaan. Sekarang itu sahaja tidak mencukupi. Hak-hak dan kehormatan individu juga perlu dipelihara daripada dicabuli oleh majikan. Jika tidak, perasaan tidak puas hati akan terus timbul bukan sahaja kepada majikan, tetapi juga kepada kerajaan.
-Sang Penghuni
Cara 'Harry Potter' mengelakkan diri dari Paparazzi
Pada aku cara yang digunakan Daniel Radcliffe ini memang genius. On the other hand, this is a good way to troll those people who always disturb other people privacy just for a scoop.
Jika Flash Games Diadaptasikan Ke Filem
Flash Games ialah game-game yang sering dimainkan di handset ataupun internet. Dengan kemunculan gadget-gadget canggih seperti iphone, flash games semakin popular. Bagaimana jika kerana popularitinya, flash games ini akhirnya diadaptasikan ke filem sebenar. Agaknya inilah reka bentuk poster-poster promo filem flash games. Nantikan tayangannya di pawagam berdekatan anda.
sumber : cracked.com
PERSEPSI : Apa Perlunya Barat Campur Tangan Apabila Berlakunya Krisis Di Timur Tengah?
Berhenti lagi. Cuba mengingati sesuatu. Sambung balik.
Arif mencelah "Maknanya apa saja yang Barat buat, hanya untuk menjaga kepentingan Barat kan?"
Arif diam. Tapi dari air mukanya dia seakan faham. Dan perbualan kami tamat disitu.
Fakta : Perbandingan Korban Perang Afghanistan Dan Iraq Berbanding 9/11
Gambar2 Yang Diambil Dari Atas Kren ( 7 photos)
Mahu Jadi Jebat?
Dewasa ini aku lihat ramai anak muda yang teringin jadi Hang Jebat. Seorang pendekar gagah yang berani menegakkan kebenaran dan melawan kezaliman. Kerana sahabatnya Hang Tuah difitnah dan dihukum Sultan, istana diserangnya dan Sultan beserta para pembesar habis dihalaunya.Terinspirasi dari keberanian Hang Jebat melawan kekuasaan, maka anak-anak muda kini sentiasa lantang mengkritik pihak-pihak yang berkuasa jika ada sebarang isu yang timbul yang dilihat merugikan kepentingan rakyat. Mereka mengkritik sama ada melalui laman sosial facebook, twitter mahupun di blog-blog.
Berbalik kepada Hang Jebat, pada aku pengakhiran Hang Jebat adalah satu tragedi. Dia bangkit melawan kekuasaan yang didakwanya menindas. Padanya kematian Hang Tuah perlu dibela. Berbekalkan kepercayaannya dengan 'kebenaran' itu, dia mengamuk, istana dilanggar dan habis dayang-dayang dibunuhnya.Malangnya Hang Jebat tersilap, Hang Tuah nyata masih belum mati. Akhirnya 'kebenaran' itu muncul kembali dan dia sendiri akhirnya dibunuh oleh 'kebenaran' yang ingin dibelanya.
Kitaran
Cinta bagiku
sudah mati
dan jasadnya hancur
berkeping-keping
lalu terbang dilayang angin
udara panas meruapnya
tanpa disangka
ia bergabung dengan awan-awan
semakin memberat dan terbeban
tidak tertanggung
lalu jatuh menjadi titisan
hujan-hujan
menikam-nikam tanah dataran
yang mengandungkan benih kasih
lalu bercambah tunas
dan tumbuh menjadi pokok
mekarnya bunga rindu
dan buah-buah cinta
telah matang
gugur ke tanah dataran
dan kukutip
kukunyah perlahan-lahan
dan kelazatan cinta sekali lagi kurasakan
Kamar Usang
15 Julai 2011
IGAUAN
Jika mimpi itu seperti rumah
yang ada pintunya
tidak akanku jemputmu bertandang
bahkan akan kukunci
kerana kedatanganmu tidak pernah kualui
Malangnya mimpi itu lebih serupa daerah
yang sempadannya tidak dikelilingi tembok
dan kau bebas untuk masuk
menghuru-harakan setiap pelusuk
Lama dahulu
di alam nyata
kau pernah jadi sinar
memberiku segunung harapan
tapi ternyata
hatimu bukan untukku
dan pemergianmu menghancurkan hatiku
Kini
aku umpama jasad yang tiada jiwa
yang tersisa hanya fikiran
dan kubu kewarasan yang bermatian kupertahankan
Namun segalanya seakan roboh
ketika fikiranku larut
bayanganmu terus cuba merasuk
di daerah mimpi yang tidak bertembok
Gambar Kamar usang
Formula mencipta bom (Agaknya)
Dari jendela kamar usang aku melihat dunia
Quotes dari penghuni terdahulu. Menyeramkan
Ranjang
Ranjang 2
Rumus penghuni terdahulu. Rasanya dia ni bekas student pengajian sains fizik
Tarikh ketika gambar-gambar ini diambil
Himpunan buku-buku dan nota kuliah
Tempat bermimpi dan berfantasi
Radio, cerek, dan laptop usang
Almari dan baju
Tempat mencurah idea
Selamat Datang
Nombor Kamar
Pemandangan sekitar blok
"Dari kamar usang aku melihat dunia"
KARIKATUR
Liyana atau lebih mesra dipanggil Kak Chik. Apa motif love2 yg melayang2 tu?
Ini lakaran cik Wani kita. Meriah sikit ada siput dan pokok
Asma versi kartun. Tapi pelik sebab rambut dia free hair. Apa la yg difikirkan kartunis tu bila lakar Asma ni. Kawan tu pakai tudung tapi dia lukis free hair pulak.
Ini Bedah versi kartun. Tak lekang dengan helmetnya
Satu2nya jejaka yang diberi penghormatan dikartunkan dirinya. Syafiq Helmi Sulaiman
Wajah sebenar Wani. Sama tak?
Inilah Bedah yang sebenar.
Asma tersenyum bangga dengan katak hasil lakaran kartunis Manggis
Yang ni pulak rasanya toyol. Karya Lepat.
"Dari kamar usang aku melihat dunia"
Mee Goreng Mamak
Setelah menunggu beberapa ketika maka tibalah segala pesanan kami tadi ke atas meja. Nasi putih, sup ayam, tom yam ayam, telur dadar, dan mee goreng mamak diletakkan satu persatu. Tapi opss...seperti ada yg tersilap pada hidangan ini. Kesilapan pertama ialah ada 2 telur dadar sedangkan yang dipesan cuma satu manakala kesilapan kedua pula ialah mee goreng mamak tersebut langsung tak macam mee goreng mamak, lebih kelihatan seperti mee goreng basah, sgt basah macam mee goreng hailam pun ada. Maka kami maklumkan kepada abg yg menghidangkan makanan tersebut akan kesilapan hidangan kami. Abang tu pun mengaku terlebih hidang 2 telur dadar tapi katanya mee goreng tu memang mee goreng mamak, walaupun cara dia menjawabnya kelihatan teragak2. Kebetulan akak comel yg berbaju kuning tadi lalu di depan kami dan aku melambai2kan tangan sebagai isyarat untuk dia menghampirkan diri ke meja. Aku tanya dia untuk mendapatkan kepastian betul ke mee goreng basah ni sebenarnya mee goreng mamak. Dia pun bagi jawapan yg sama dengan abg td, memang inilah mee goreng mamak. Maka aku pun terimalah penjelasan akak tadi bahawa mee goreng yang ada di depanku ini memang mee goreng mamak walaupun masih boleh dipertikaikan 'kemamakkannya' berdasarkan rupa bentuknya lebih hampir kepada mee goreng basah.Maka pelajaran moral no. 1 yang aku dapat ialah 'lain kali kalau nak makan mee goreng mamak pergi saja ke kedai mamak, jangan mengada ngada pergi ke kedai makan melayu,kalau minta juga, memang dapat mee goreng mamak versi melayu la jawabnya'. Sekian...
"Dari kamar usang aku melihat dunia"
Catatan Usang
Kepada rakan-rakan lain yang bakal membaca segala catatan ini, selamat membaca aku ucapkan. Catatan ini memang untuk dikongsi kerana itulah aku menaipkannya di blog, jika tidak lebih baik aku catat dalam diari saja. Dan sesungguhnya hidup kita terlalu singkat untuk disia-siakan.
"Dari kamar usang aku melihat dunia"